ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
    Hello
    Assalamualaikum dan salam ukhuwah semua. Semoga apa yang saya tulis di blog saya ini akan memberi keceriaan dalam diri kawan-kawan semua.. sayang semua..

    tagboard

    Shoutbox


    hari ini aku buka puasa dirumah nenekku!!


    aku buka puasa d'rumah nenek...ni lah gambar budak2 di kampung...comey banget sih!..hehehe...

    Labels:

    "hari ini aku buka puasa dirumah nenekku!!" was Posted On: Tuesday @25.8.09 | 0 lovely comments
    artis yang paling aku minat!!

    Kalau kamu semua hendak tahu.Saya minat sangat dengan kumpulan in-team,unic dan semua kumpulan nasyid.Dalam UNIC,saya minat Hafiz Hamidun.Selain itu,saya minat Aiman yang nyanyikan lagu Dusta Berkalang tu.He3..

    Labels:

    "artis yang paling aku minat!!" was Posted On: Saturday @22.8.09 | 1 lovely comments
    yeay!!hari ni aku berbuka kat kg!!

    hari ni kan 1st day orang2 Islam berpuasa pada bulan 8 tahun 2009...
    malam nie aku nak gi terawih kat masjid kg bukit hijau kat kg la tu...hehe...
    mudah2an aku pose penuh tahun nie... kalau tak penuh pun,ada sbb2 tertentu...
    sbb kita kaun hawa ni istimewa... hehe..

    Labels:

    "yeay!!hari ni aku berbuka kat kg!!" was Posted @22.8.09 | 0 lovely comments
    Ramadhan al-Mubarak


    baru je bukak blog konon nak update.. mak aku dah ganggu.. ganggu lah sangat... hehehe... huhuhu..
    selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...
    jgn lah pulak bila tengok je kuih nie,korang semua terus je nak gi buka puasa...
    PUASA PENUH2.. Nmpak sedap la kuih nie...
    esok pagi2 kena bangon sahur...
    puasa,puasa juga.. ibadah jangan lupakan... kwn2 kena lah ingat... bulan puasa nie.. ada satu malam yang dikenali sebagai malam lailatul qadar,malam tersebut adalah mlm yang lebih baik dari seribu bulan...

    Labels:

    "Ramadhan al-Mubarak" was Posted On: Friday @21.8.09 | 0 lovely comments
    Today in History


    inilah khairul,aku panggil dia kerul... aku kesian sgt kat dia sbb dia masuk hospital...sakit apphendix...dah la nak amik prekse besar... aku kesian sgt kat dia... dia BERSEKOLAH di Sekolah Menengah Agama Batu 38,Sabak Bernam... apphendixnye dah pecah tp selamat dah operate semalam... mudah2 an cepat sembuh... dia terlantar di Hospital Sungai Buloh,di tingkat 4B... kepada semua kaum kerabat,dtg2 la melawat...


    Labels:

    "Today in History" was Posted On: Thursday @20.8.09 | 0 lovely comments
    terima kasih PBSMM SMK PUNCAK ALAM....

    bila difikir2kan ok juga cikgu bagi aku benda nie... sbbnye... ada la sbb2nye... biarlah RAHSIA!!...
    hehe.. huhu.. aku menang ujian teori PBSMM.. no. 3.. Alhamdulillah... aku pon tak percaya yang aku dapat hadiah ni... hehe...

    TERIMA KASIH CIKGU SALWA ( SMK PUNCAK ALAM ),KERANA MENGHARGAI KAMI..
    SAYANG CIKGU...

    Labels:

    "terima kasih PBSMM SMK PUNCAK ALAM...." was Posted @20.8.09 | 0 lovely comments
    Today in History


    sebenarnya saya buat ni masa cuti penggal 2 sekolah, bulan 5 2009. Kira hebat gak aku ni... 1st time buat n pegang jarum, tapi 2 minggu siap buat cross stich ceri yg comel... best gak.. daripada aku merayau gi umah kawan baik jahit stich.. syukur mama aku support. Sebab dia kata aku tak pandai berkawan... nanti nangis je.. baik aku berkawan dengan cross stich.
    Nanti tgk la hasinya klu dah framekan... yg ni x frame lagi.. tp ok kan.... ( masuk bakul angkat sendiri )....

    Labels:

    "Today in History" was Posted @20.8.09 | 0 lovely comments
    ice cream vanette


    ehm.. sedapnya ais krim, flavor tiramisu lagi..tq mama sebab belikan...

    "ice cream vanette" was Posted @20.8.09 | 0 lovely comments
    KARANGAN BAHASA MELAYU

    Kenangan Pahit Bersama Keluarga


    Kenangan manis bersama keluarga,memang ada.Tetapi,saya ingin menceritakan tentang kenangan pahit bersama keluarga. Kenangan ini amat menyedihkan bagi diri saya.

    Peristiwa ini berlaku pada 17hb Mei 2008, sewaktu cuti pertengahan semester tahun lepas. Ayah sangat menantikan tarikh itu untuk membawa kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson. Ayah telah menempah bilik di Bayu Beach Resort seawal bulan Januari. Keluarga bapa saudara saya juga menyertai kami untuk bercuti bersama-sama.

    Pada tarikh yang dijanjikan kami berasa sangat gembira kerana kami amat tertunggu-tunggu saat dan waktu itu. Kami bertolak ke Port Dickson pada pukul 10.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 2.00 petang.

    Setibanya kami di sana, kami terus ’check in’ ke bilik. Ayah tidak sabar-sabar mengajak kami mandi pantai kerana menurutnya telah lama benar kami tidak mandi pantai. Ayah begitu gembira sambil bermain air dengan kami dua beradik dan dua orang sepupu kami. Manakala Ibu pula asyik merakamkan gambar kami untuk kenangan.Kami mandi manda sehingga pukul 6.30 petang.

    Selepas selesai menunaikan Solat Maghrib, kami pergi ke pasar untuk membeli makanan. Kami membeli pelbagai jenis makanan dan makan bersama-sama di dalam hotel.

    Selesai makan malam tiba-tiba ayah mengadu sakit kepala dan sakit sendi yang teramat sangat. Ibu memberikan panadol dan menjaga ayah sepanjang malam kerana badan ayah terlalu panas. Hari pula telah jauh malam, ibu terpaksa menunggu hingga esok pagi untuk membawa ayah ke hospital.

    Keesokkan harinya iaitu hari Sabtu pagi-pagi lagi ibu telah membawa ayah ke hospital Port Dickson yang terletak berdekatan hotel kami. Kami tidak mengikut ibu ke hospital kerana semasa ibu pergi saya baru sahaja bangun dari tidur. Kami di hotel bersama ibu dan ayah saudara.

    Pada pukul 12.30 tengahari, saya mendengar ibu saudara saya bercakap dalam telefon dengan ibu saya . Tiba-tiba ibu saudara saya menyuruh kami bersiap- siap untuk pulang ke rumah, kami sangat terkejut kerana kami masih belum puas bermain air. Ibu saudara saya menjelaskan ayah mengidap demam denggi berdarah dan doktor menasihatkan agar dimasukkan ke hospital. Ibu pula memohon agar ayah dimasukkan ke Hospital Pantai di Klang yang berdekatan dengan rumah kami. Doktor menasihatkan agar segera ke hospital bagi menyelamatkan nyawa ayah. Itulah yang dijelaskan oleh ibu saudara saya.

    Tanpa berlengah lagi, kami pun terus berkemas dan melupakan hasrat untuk mandi pantai. Kami terus bergerak balik ke Klang . Ibu memandu kereta dan ayah duduk di sebelah. Sebelum bergerak saya sempat mendengar ibu menasihatkan ayah agar menghabiskan dua botol besar air hundred Plus kerana itu adalah pesan doktor.

    Ibu memandu kereta dengan kelajuan yang agak luar biasa dan meninggalkan bapa saudara saya di belakang. Ibu telah membawa ayah terus ke Hospital Pantai Pelabuhan Klang. Sesampai di sana ibu meminta saya dan adik duduk di dalam kereta sementara ibu menghantar ayah ke wad kecemasan. Setengah jam kemudian ibu kembali dan membawa kami ke ruang menunggu di hospital berkenaan. Saya dan adik masih tidak faham benar apa yang sebenarnya berlaku.

    Tidak lama kemudian doktor memanggil ibu dan memperkatakan sesuatu dengan ibu dan saya lihat ibu menganggukkan kepala tanda faham. Selepas itu ibu mendekati kami dan mengajak kami balik ke rumah. Muka ibu kelihatan sedih tetapi saya tidak berani bertanya apa-apa manakala adik pula asyik bertanya kenapa ibu tidak membawa ayah sekali pulang ke rumah.
    Dalam perjalanan pulang ke rumah ibu menjelaskan bahawa ayah diserang demam denggi berdarah dan tahapnya agak serius. Ayah perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan.

    Keesokkan harinya saya terkejut kerana apabila saya membuka mata atuk dan nenek saya dari Kelantan telah datang. Saya mendengar perbualan ibu dengan mereka yang mengatakan ayah dalam wad rawatan rapi ( ICU ) dan doktor sedang cuba menyelamatkan ayah. Saya dengar untuk pulih dengan segera ayah memerlukan darah, air dan platlet. Saya tidak faham apa itu platlet.

    Hari ketiga ayah di wad rawatan rapi keadaan ayah masih kritikal, saya lihat ibu menangis begitu juga dengan nenek. Kami tidak dibenarkan menjaga ayah. Saya dan adik hanya dibenarkan berjumpa ayah sekejap sahaja . Ketika saya melawat, ayah tidak sedar dan ada beg darah yang disambungkan ke dalam badan ayah.

    Malam itu saya mendengar ibu bercakap dengan nenek esok adalah hari penentuan bagi ayah kalau bacaan darah ayah naik maknanya ayah akan selamat tetapi kalau bacaan darah ayah terus turun kami sekeluarga kena redha. Pada malam itu, saya melihat ibu dan nenek melakukan solat, saya agak mesti Solat Hajat agar ayah cepat sembuh.

    Keesokkan harinya pagi-pagi lagi kami telah pergi ke hospital untuk melihat keadaan ayah. Ibu, atuk dan nenek sangat gelisah dan cemas.Ibu berpesan berulangkali kepada kami dua beradik agar berdoa untuk kesihatan ayah. Ibu menunggu doktor yang merawat ayah untuk bertanyakan perkembangan ayah. Kami melihat ayah dari cermin pintu sahaja, saya dapat lihat ayah bergerak-gerak dan saya juga melihat beg darah masih disambungkan ke dalam badan ayah.

    Tidak lama kemudian, ibu bertemu doktor dan saya nampak muka ibu agak ceria. Ibu mendapatkan kami dan menerangkan kepada kami serta atuk dan nenek bahawa keadaan ayah telah mula stabil. Doktor menjelaskan kalau keadaan ayah bertambah stabil mungkin esok ayah akan ditukarkan ke dalam wad biasa.

    Saya sangat gembira kerana Allah memakbulkan doa kami. Lima hari ayah dalam wad rawatan rapi dan tiga hari di dalam wad biasa. Menurut ibu ayah menerima 28 beg darah. Jumlah yang sangat besar. Ibu kata ayah telah menderma darah sebanyak lima kali, kerana itulah ayah mudah menerima bekalan darah.

    Selama lapan hari ayah di dalam wad dan selepas itu ayah dinasihatkan bercuti selama satu bulan untuk berehat. Ayah masih belum mampu memandu kereta kerana sakit-sakit badan.

    Itulah kenangan pahit kami sekeluarga yang tidak sempat untuk bercuti dan mandi pantai. Setiap kali tiba cuti sekolah pada bulan Mei saya pasti akan terkenangkan peristiwa tersebut.

    Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia ayah. Sehingga kini ayah sihat dan kami sekeluarga hidup bahagia.

    Labels: ,

    "KARANGAN BAHASA MELAYU" was Posted @13.8.09 | 0 lovely comments
    CAT THAT I LOVE

    This is Pert.This cat is clever.Pert is sooo... cute,but smelly.I bath Pert once a week.It's fur is soft like cotton.It's like to play. It has a white socks at his legs.When I go to vacation,I'l will miss Pert a lot.

    Labels:

    "CAT THAT I LOVE" was Posted @13.8.09 | 0 lovely comments
    Today in History


    Hari ini korban H1N1 di Malaysia seramai 7 orang termasuk seorang baby berumur 4 bulan. Hari ini juga penyanyi nasyid yang aku minati kembali ke rahmatullah UST ASRI RABBANI kerana sakit jantung. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Inilah satu-satu gambar kenangan semasa ustaz dijemput ke KISAS sempena program Bahasa Arab.Kami budak-budak kecik inter-frame je...
    Hari ni aku demam masuk hari kedua.Ibu quaratin takut H1N1... hu..hu.. mudah-mudahan tak

    Labels:

    "Today in History" was Posted @13.8.09 | 0 lovely comments


    | Newer posts »


    Layout TeaCakeHouse. All rights reserved.
    Please view with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Resources: TFN.